Tuesday, November 3, 2009

Puspakom,Kereta Lama,Rakyat Berpendapatan Rendah

Mungkin agak lewat sedikit mengutarakan isu ini disebabkan kesibukan dan tanggungjawab pada negara.Minggu lepas,kerajaan telah mengarahkan kereta 15 tahun ke atas untuk membuat pemeriksaan puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.Kononnya kereta lama yang di anggarkan kira-kira 15000000 buah itu menyebabkan kemalangan meningkat.Mungkin di sebabkan faktor usia kenderaan tersebut menyebabkan kerajaan berpendapat demikian.

Ingin di tekankan di sini,kenderaan berusia 15 tahun keatas ini kebanyakannya di miliki oleh rakyat yang kurang berkemampuan untuk membeli kereta baru.Kalau mereka mampu,sudah tentu mereka tidak perlu membawa kereta lama.Adakah kerajaan sedar,bahawa kos untuk menyelenggara kereta lama sudah cukup untuk membebankan pemilik kereta tersebut?Di tambah pula kos untuk pemeriksaan puspakom nanti.

Kalau nak di katakan bahawa kereta lama penyebab utama kemalangan,rasanya kepala hotak menteri yang membawa cadangan ini perlulah di skru semula supaya mampu bertindak lebih rasional.Rata-rata kemalangan yang terjadi biasanya di sebabkan oleh kereta baru,sikap pemandu dan jalanraya bangang di malaysia.Kalau di ikutkan,kereta baru biasanya di pandu secara laju dan merbahaya oleh orang muda yang tak banyak pengalaman dalam memandu.
Dan majoriti kereta yang kemalangan adalah kereta baru,kalau melibatkan kenderaan lama pun akibat di rempuh oleh kenderaan baru.Siapa yang berani bawak kereta lama laju2?Majoriti pemandu kenderaan lama ini adalah orang yang sudah pencen atau mereka yang berpendapatan rendah.

Untuk kerajaan,kalau nak buat macam itu,ada baiknya kerajaan mengenakan cukai kepada orang kaya walaupun mereka memiliki lebih dari satu kereta.dan duit cukai itu nanti bolehlah di gunakan untuk membetul dan menaiktarafkan jalan raya yang sememangnya teruk sekarang ni.

*Pemeriksaan akhirnya ditarik semula untuk sementara waktu.

Si Bodoh Yang "Berkuasa",Nak serang Malaysia Kunun......





"GANYANG MALAYSIA " itulah ungkapan slogan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai BENDERA (BENTENG DEMOKRASI RAKYAT atau PEOPLE'S DEMOCRATIC DEFENCE).

Kumpulan tersebut telah membuat beberapa tindakan seperti sekatan jalan untuk mencari rakyat Malaysia sebagai bantahan kepada beberapa isu berkaitan kepulauan Indonesia ( Sipadan, Ligitan dan Jemur), menciplak kebudayaan Indonesia seperti rendang, lagu Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua dan Anak Kambing Saya, dan tarian Pendet.

Juga turut disenaraikan ialah 34 nama rakyat Indonesia seperti Nirmala Bonat yang mendapat liputan luas di media Malaysia dan Indonesia pada tahun 2004 atas dakwaan didera dan dilayan dengan kejam oleh majikannya rakyat Malaysia.

BENDERA ditubuhkan lebih kurang dalam 2 bulan lebih menurut ketuanya Adian, idea penubuhan kumpulan tersebut tercetus sewaktu kempen pilihanraya presiden Indonesia . Ini dirangsangkan apabila beliau mendapat tahu bahawa parti politik di Indonesia tidak berminat untuk membela nasib dan hak rakyat.

Pada 8 September 2009 yang lepas sekumpulan pengikut BENDERA dengan kain merah putih lambang bendera Indonesia yang diikat di kepala telah membuat satu sekatan jalanraya di Menteng di tengah Jakarta sambil bersenjatakan buluh tajam.

Bagaimana pun mereka tidak berjaya membuat sebarang tangkapan rakyat Malaysia . Senario ini telah meresahkan hubungan Malaysia - Indonesia, apa lagi bagi rakyat Malaysia yang kini berada di Indonesia .

Apa yang lebih mengejutkan ialah perancangan kumpulan tersebut untuk menawan Malaysia . Tekad kumpulan ini tidak boleh dipandang ringan walau pun pada hakikat ianya sesuatu yang mustahil, namun propaganda mereka sedikit sebanyak boleh menggugat ketenteraman awam di Malaysia .

Ikutilah wawancara wakil The Star, Philip Golingai dengan ketua kumpulan BENDERA saudara Adian.

Soalan : Bila BENDERA mula diwujudkan?
Adian : BENDERA diwujudkan lebih kurang dalam 2 bulan lebih.

Soalan : Apa agenda BENDERA diwujudkan?
Adian : Untuk membela hak dan nasib rakyat Indonesia .

Soalan : Apa kaitan perjuangan menuntut keadilan hak rakyat ada kaitan dengan "sweeping orang Malaysia "?
Adian : Kita "sweeping Malaysian" kerana kerajaan Malaysia telah melakukan "sweeping Indonesian". Operasi tersebut cuma berlaku dalam tempoh 30 minit dan dihentikan oleh pihak Polis Indonesia . Beliau tidak terlibat dalam aksi tersebut kerana mempunyai tugas lain sewaktu kejadian 8 Sept itu berlaku.

Soalan : Apa tindakan anda jika berjaya menahan atau menangkap rakyat Malaysia pada hari tersebut?
Adian : Kita akan arahkan "suruh pulang ke Malaysia ".

Soalan : Kenapa ahli kumpulan BENDERA membawa dan dilengkapkan dengan buluh tajam?
Adian : "Inilah simbol menuntut kemerdekaan sewaktu dijajah oleh Belanda", katanya.

Soalan : Adakah anda akan menggunakan buluh tajam tersebut ke atas rakyat Malaysia yang ditangkap pada harti itu?
Adian : Kita cuma gunakan senjata tersebut jika berada di Malaysia .

Beliau merujuk kepada pengumuman meluas melalui media Indonesia dan Indonesia oleh BENDERA pada 8 Oktober kelak dimana inilah Hari Pembalasan kepada segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap Indonesia .

Beliau kemudiannya menyerahkan 4 mukasurat "DEKLARASI PERANG BENDERA" dengan tajuk utama "GANYANG MALAYSIA !".

Dalam deklarasi tersebut menyatakan Rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (senjata tradisional Indonesia) akan digunakan dalam pertumpahan darah untuk menghancurkan keangkuhan Malaysia.

Juga tersenarai dalam deklarasi tersebut ialah kemarahan rakyat Indonesia dalam isu-isu seperti kepulauan yang merangkumi Pulau Sipadan, Ligitan dan Jemur. Mencuri atau menciplak kebudayaan Indonesia yang merangkumi makanan atau masakan rendang, lagu-lagu seperti Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua dan Anak Kambing Saya. Tak terlepas isu kontroversi yang terbaru melibatkan tarian Pendet.

Isu pekerja Indonesia yang didera oleh majikan Malaysia melibatkan Nirmala Bonat pada tahun 2004, dimana telah didera dengan seterika panas, disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cawan logam secara kejam menghangatkan isu mengapa BENDERA perlu bertindak.

Soalan : Bagaimana rancangan anda untuk menyerang Malaysia ?
Adian : Beberapa minggu yang lepas 10 perisik BENDERA telah menyusup masuk ke Malaysia . Tujuan mereka adalah untuk menubuhkan satu rangkaian dikalangan pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia . Beliau mendakwa misi tersebut telah berjaya meyakinkan 1.45 juta pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia untuk bertindak membuat rusuhan seperti membakar tempat dimana mereka bekerja apabila BENDERA melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia.

Apabila wakil The Star cuba menarik perhatian beliau berkenaan perbelanjaan sebanyak RM145,000 yang akan ditanggung untuk membuat SMS kepada 1.45 juta rakyat Indonesia di Malaysia, beliau nampak bengis sedikit dan terus mencelah bahawa mereka mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya.

"Di atas kertas kami sudah pun menang", kata beliau lagi. Menurut beliau lagi, pada perang dunia kedua pihak sekutu mengambil masa 2 bulan untuk membuat persediaan sebelum menyerang Jerman. Namun BENDERA tidak memerlukan tempoh selama itu kerana mereka telah pun mempunyai 1.45 juta rakyat yang sanggup bersekongkol melaksanakan konspirasi tersebut di Malaysia .

Inilah yang membezakan pandangan kami dengan apa yang dinyatakan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dimana Indonesia tidak mampu menyerang Malaysia disebabkan 1.8 juta rakyat Indonesia yang kini berada di Malaysia. Namun pendapat BENDERA kedudukan tersebut adalah satu kekuatan yang sudah ada wujud dimana 1.8 juta rakyat Indonesia yang berada di Malaysia akan memudahkan rencana mereka untuk menakluk Malaysia .

Beliau seterusnya mula membuat serangan keatas Malaysia dengan menunjukkan gambar Nirmala. "Jika Malaysia dan Indonesia adalah satu rumpun, mengapa harus mereka mendera satu rumpunan sendiri?", jelas beliau.

"Mengapa pihak Polis, Tentera dan RELA Malaysia mendera rakyat Indonesia ?" sambil menunjuk gambar-gambar yang ada dengan nada marah. "Tahukah anda, selang dalam tiga hari seorang rakyat Indonesia didera di Malaysia ", katanya lagi.

Beliau juga mendakwa bahawa 300 rakyat Indonesia telah dilatih menjalani latihan "ilmu kebal" yang mana mapu menjadikan mereka kebal dari ancaman senjata tajam dan juga peluru akan mula menyerang Malaysia bermula di Borneo melalui Kalimantan terus menyusup ke Sabah dan Sarawak.

Dari Pontianak (di Kalimantan) mereka akan terus mara ke Kuching, Sarawak dan terus menawannya. Kemudiannya dari Nunukan (di Kalimantan) mereka terus mara ke Sabah .

Ditanya apakah nama bandar yang berdekatan dengan Nunukan di Sabah, beliau tidak tahu nama bandar tersebut. Namun tekad mereka adalah untuk menawan bandar tersebut. Sebagai rujukan, Tawau adalah bandar yang dimaksudkan.

Dalam tempoh enam hingga lapan bulan beliau dengan yakin bahawa mereka mapun menawan Kuala Lumpur .

Ditanya mengapa mereka tidak terus sahaja membuat serangan ke atas Kuala Lumpur ?

"Menurut taktik militari Mao, pertama kita mesti menawan kampong-kampong dan kemudiannya baru laha menyerang dan menawan bandar-bandar", jelas beliau.

Soalan : Apa pandangan awak terhadap Malaysia ?
Adian : "Jahat", kata beliau yang belum pernah ke Malaysia .

Soalan : Adakah ini merangkumi 26 juta rakyat Malaysia ?
Adian : "Sekiranya 26 juta rakyat Malaysia masih membisu berkenaan rakyat Malaysia yang telah menyalahi undang-undang dengan mendera rakyat Indonesia , maka semuanya adalah jahat", jelas beliau lagi.

Soalan : Apa perasaan kamu sekarang setelah bertentang muka dengan seorang rakyat Malaysia ?
Adian : "Mukanya baik. Mukanya lucu. Mukanya tak ada niat jahat.", katanya sambil tersenyum samvbil diiringi gelak tawa warga Indonesia yang lain turut sama mendengar temuramah tersebut.

"Adakah awak orang Malaysia ?", tanya Poltak Sitanggang seorang pemilik laman web berita yang juga baru selesai menemuramah Adian.

"ya, saya orang Malaysia ", kata wakil The Star.

"Kenapa tidak kita "sweep" saja orang ini", cadang Poltak kepada Adian.

"Oh tidak, beliau ni lucu orangnya", celah Adian.

Adian terus menyerang dengan mendakwa bahawa Malaysia telah mengekspot 2 orang pengganas (Noordin Mat Top dan Dr Azahari Husin) ke Indonesia . Dan masyarakat dunia terus mengutuk Indonesia dipenuhi oleh pengganas.

Soalan : Adakah benar, kerajaan Indonesia tidak menangkap kamu kerana pada pandangan mereka rancangan penaklukan yang dirancangkan adalah tidakbenar atau omong kosong?
Adian : Dengan wajah marah beliau menjawab, " Pihak Polis telah menduduki ibupejabat BENDERA".

Beliau juga telah menerima panggilan telefon yang mana menyatakan sokongan, namun panggilan yang cuba memujuk atau memberi amaran untuk tidak bertindak akan tidak dilayan.

Diberitahu mengenai kenyataan rasmi kedutaan Indonesia di Malaysia yang menyatakan pendirian mereka berkenaan rancangan penaklukan oleh Bendera, beliau menjawab bahawa itu adalah pandangan kedutaan.

Menurut beliau lagi itu adalah kerana bukan kerajaan Indonesia yang akan menyerang Malaysia tapi akan dilakukan oleh BENDERA.

Soalan : Adakah rancangan penaklukan ini akan berjaya?
Adian : " Pada 1998, Suharto tidak percaya bahawa golongan pelajar tidak mampu untuk menjatuhkan seorang Presiden. Namun kejadian itu berlaku dan menjadi kenyataan. Saya tidak gila, kita mempunyai sebab yang bernas untuk menyerang Malaysia . Hanya orang gila sahaja yang akan menyerang negara lain tanpa sebab", kata beliau.