Tuesday, November 3, 2009

Puspakom,Kereta Lama,Rakyat Berpendapatan Rendah

Mungkin agak lewat sedikit mengutarakan isu ini disebabkan kesibukan dan tanggungjawab pada negara.Minggu lepas,kerajaan telah mengarahkan kereta 15 tahun ke atas untuk membuat pemeriksaan puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.Kononnya kereta lama yang di anggarkan kira-kira 15000000 buah itu menyebabkan kemalangan meningkat.Mungkin di sebabkan faktor usia kenderaan tersebut menyebabkan kerajaan berpendapat demikian.

Ingin di tekankan di sini,kenderaan berusia 15 tahun keatas ini kebanyakannya di miliki oleh rakyat yang kurang berkemampuan untuk membeli kereta baru.Kalau mereka mampu,sudah tentu mereka tidak perlu membawa kereta lama.Adakah kerajaan sedar,bahawa kos untuk menyelenggara kereta lama sudah cukup untuk membebankan pemilik kereta tersebut?Di tambah pula kos untuk pemeriksaan puspakom nanti.

Kalau nak di katakan bahawa kereta lama penyebab utama kemalangan,rasanya kepala hotak menteri yang membawa cadangan ini perlulah di skru semula supaya mampu bertindak lebih rasional.Rata-rata kemalangan yang terjadi biasanya di sebabkan oleh kereta baru,sikap pemandu dan jalanraya bangang di malaysia.Kalau di ikutkan,kereta baru biasanya di pandu secara laju dan merbahaya oleh orang muda yang tak banyak pengalaman dalam memandu.
Dan majoriti kereta yang kemalangan adalah kereta baru,kalau melibatkan kenderaan lama pun akibat di rempuh oleh kenderaan baru.Siapa yang berani bawak kereta lama laju2?Majoriti pemandu kenderaan lama ini adalah orang yang sudah pencen atau mereka yang berpendapatan rendah.

Untuk kerajaan,kalau nak buat macam itu,ada baiknya kerajaan mengenakan cukai kepada orang kaya walaupun mereka memiliki lebih dari satu kereta.dan duit cukai itu nanti bolehlah di gunakan untuk membetul dan menaiktarafkan jalan raya yang sememangnya teruk sekarang ni.

*Pemeriksaan akhirnya ditarik semula untuk sementara waktu.

Si Bodoh Yang "Berkuasa",Nak serang Malaysia Kunun......





"GANYANG MALAYSIA " itulah ungkapan slogan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai BENDERA (BENTENG DEMOKRASI RAKYAT atau PEOPLE'S DEMOCRATIC DEFENCE).

Kumpulan tersebut telah membuat beberapa tindakan seperti sekatan jalan untuk mencari rakyat Malaysia sebagai bantahan kepada beberapa isu berkaitan kepulauan Indonesia ( Sipadan, Ligitan dan Jemur), menciplak kebudayaan Indonesia seperti rendang, lagu Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua dan Anak Kambing Saya, dan tarian Pendet.

Juga turut disenaraikan ialah 34 nama rakyat Indonesia seperti Nirmala Bonat yang mendapat liputan luas di media Malaysia dan Indonesia pada tahun 2004 atas dakwaan didera dan dilayan dengan kejam oleh majikannya rakyat Malaysia.

BENDERA ditubuhkan lebih kurang dalam 2 bulan lebih menurut ketuanya Adian, idea penubuhan kumpulan tersebut tercetus sewaktu kempen pilihanraya presiden Indonesia . Ini dirangsangkan apabila beliau mendapat tahu bahawa parti politik di Indonesia tidak berminat untuk membela nasib dan hak rakyat.

Pada 8 September 2009 yang lepas sekumpulan pengikut BENDERA dengan kain merah putih lambang bendera Indonesia yang diikat di kepala telah membuat satu sekatan jalanraya di Menteng di tengah Jakarta sambil bersenjatakan buluh tajam.

Bagaimana pun mereka tidak berjaya membuat sebarang tangkapan rakyat Malaysia . Senario ini telah meresahkan hubungan Malaysia - Indonesia, apa lagi bagi rakyat Malaysia yang kini berada di Indonesia .

Apa yang lebih mengejutkan ialah perancangan kumpulan tersebut untuk menawan Malaysia . Tekad kumpulan ini tidak boleh dipandang ringan walau pun pada hakikat ianya sesuatu yang mustahil, namun propaganda mereka sedikit sebanyak boleh menggugat ketenteraman awam di Malaysia .

Ikutilah wawancara wakil The Star, Philip Golingai dengan ketua kumpulan BENDERA saudara Adian.

Soalan : Bila BENDERA mula diwujudkan?
Adian : BENDERA diwujudkan lebih kurang dalam 2 bulan lebih.

Soalan : Apa agenda BENDERA diwujudkan?
Adian : Untuk membela hak dan nasib rakyat Indonesia .

Soalan : Apa kaitan perjuangan menuntut keadilan hak rakyat ada kaitan dengan "sweeping orang Malaysia "?
Adian : Kita "sweeping Malaysian" kerana kerajaan Malaysia telah melakukan "sweeping Indonesian". Operasi tersebut cuma berlaku dalam tempoh 30 minit dan dihentikan oleh pihak Polis Indonesia . Beliau tidak terlibat dalam aksi tersebut kerana mempunyai tugas lain sewaktu kejadian 8 Sept itu berlaku.

Soalan : Apa tindakan anda jika berjaya menahan atau menangkap rakyat Malaysia pada hari tersebut?
Adian : Kita akan arahkan "suruh pulang ke Malaysia ".

Soalan : Kenapa ahli kumpulan BENDERA membawa dan dilengkapkan dengan buluh tajam?
Adian : "Inilah simbol menuntut kemerdekaan sewaktu dijajah oleh Belanda", katanya.

Soalan : Adakah anda akan menggunakan buluh tajam tersebut ke atas rakyat Malaysia yang ditangkap pada harti itu?
Adian : Kita cuma gunakan senjata tersebut jika berada di Malaysia .

Beliau merujuk kepada pengumuman meluas melalui media Indonesia dan Indonesia oleh BENDERA pada 8 Oktober kelak dimana inilah Hari Pembalasan kepada segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap Indonesia .

Beliau kemudiannya menyerahkan 4 mukasurat "DEKLARASI PERANG BENDERA" dengan tajuk utama "GANYANG MALAYSIA !".

Dalam deklarasi tersebut menyatakan Rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (senjata tradisional Indonesia) akan digunakan dalam pertumpahan darah untuk menghancurkan keangkuhan Malaysia.

Juga tersenarai dalam deklarasi tersebut ialah kemarahan rakyat Indonesia dalam isu-isu seperti kepulauan yang merangkumi Pulau Sipadan, Ligitan dan Jemur. Mencuri atau menciplak kebudayaan Indonesia yang merangkumi makanan atau masakan rendang, lagu-lagu seperti Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua dan Anak Kambing Saya. Tak terlepas isu kontroversi yang terbaru melibatkan tarian Pendet.

Isu pekerja Indonesia yang didera oleh majikan Malaysia melibatkan Nirmala Bonat pada tahun 2004, dimana telah didera dengan seterika panas, disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cawan logam secara kejam menghangatkan isu mengapa BENDERA perlu bertindak.

Soalan : Bagaimana rancangan anda untuk menyerang Malaysia ?
Adian : Beberapa minggu yang lepas 10 perisik BENDERA telah menyusup masuk ke Malaysia . Tujuan mereka adalah untuk menubuhkan satu rangkaian dikalangan pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia . Beliau mendakwa misi tersebut telah berjaya meyakinkan 1.45 juta pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia untuk bertindak membuat rusuhan seperti membakar tempat dimana mereka bekerja apabila BENDERA melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia.

Apabila wakil The Star cuba menarik perhatian beliau berkenaan perbelanjaan sebanyak RM145,000 yang akan ditanggung untuk membuat SMS kepada 1.45 juta rakyat Indonesia di Malaysia, beliau nampak bengis sedikit dan terus mencelah bahawa mereka mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya.

"Di atas kertas kami sudah pun menang", kata beliau lagi. Menurut beliau lagi, pada perang dunia kedua pihak sekutu mengambil masa 2 bulan untuk membuat persediaan sebelum menyerang Jerman. Namun BENDERA tidak memerlukan tempoh selama itu kerana mereka telah pun mempunyai 1.45 juta rakyat yang sanggup bersekongkol melaksanakan konspirasi tersebut di Malaysia .

Inilah yang membezakan pandangan kami dengan apa yang dinyatakan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dimana Indonesia tidak mampu menyerang Malaysia disebabkan 1.8 juta rakyat Indonesia yang kini berada di Malaysia. Namun pendapat BENDERA kedudukan tersebut adalah satu kekuatan yang sudah ada wujud dimana 1.8 juta rakyat Indonesia yang berada di Malaysia akan memudahkan rencana mereka untuk menakluk Malaysia .

Beliau seterusnya mula membuat serangan keatas Malaysia dengan menunjukkan gambar Nirmala. "Jika Malaysia dan Indonesia adalah satu rumpun, mengapa harus mereka mendera satu rumpunan sendiri?", jelas beliau.

"Mengapa pihak Polis, Tentera dan RELA Malaysia mendera rakyat Indonesia ?" sambil menunjuk gambar-gambar yang ada dengan nada marah. "Tahukah anda, selang dalam tiga hari seorang rakyat Indonesia didera di Malaysia ", katanya lagi.

Beliau juga mendakwa bahawa 300 rakyat Indonesia telah dilatih menjalani latihan "ilmu kebal" yang mana mapu menjadikan mereka kebal dari ancaman senjata tajam dan juga peluru akan mula menyerang Malaysia bermula di Borneo melalui Kalimantan terus menyusup ke Sabah dan Sarawak.

Dari Pontianak (di Kalimantan) mereka akan terus mara ke Kuching, Sarawak dan terus menawannya. Kemudiannya dari Nunukan (di Kalimantan) mereka terus mara ke Sabah .

Ditanya apakah nama bandar yang berdekatan dengan Nunukan di Sabah, beliau tidak tahu nama bandar tersebut. Namun tekad mereka adalah untuk menawan bandar tersebut. Sebagai rujukan, Tawau adalah bandar yang dimaksudkan.

Dalam tempoh enam hingga lapan bulan beliau dengan yakin bahawa mereka mapun menawan Kuala Lumpur .

Ditanya mengapa mereka tidak terus sahaja membuat serangan ke atas Kuala Lumpur ?

"Menurut taktik militari Mao, pertama kita mesti menawan kampong-kampong dan kemudiannya baru laha menyerang dan menawan bandar-bandar", jelas beliau.

Soalan : Apa pandangan awak terhadap Malaysia ?
Adian : "Jahat", kata beliau yang belum pernah ke Malaysia .

Soalan : Adakah ini merangkumi 26 juta rakyat Malaysia ?
Adian : "Sekiranya 26 juta rakyat Malaysia masih membisu berkenaan rakyat Malaysia yang telah menyalahi undang-undang dengan mendera rakyat Indonesia , maka semuanya adalah jahat", jelas beliau lagi.

Soalan : Apa perasaan kamu sekarang setelah bertentang muka dengan seorang rakyat Malaysia ?
Adian : "Mukanya baik. Mukanya lucu. Mukanya tak ada niat jahat.", katanya sambil tersenyum samvbil diiringi gelak tawa warga Indonesia yang lain turut sama mendengar temuramah tersebut.

"Adakah awak orang Malaysia ?", tanya Poltak Sitanggang seorang pemilik laman web berita yang juga baru selesai menemuramah Adian.

"ya, saya orang Malaysia ", kata wakil The Star.

"Kenapa tidak kita "sweep" saja orang ini", cadang Poltak kepada Adian.

"Oh tidak, beliau ni lucu orangnya", celah Adian.

Adian terus menyerang dengan mendakwa bahawa Malaysia telah mengekspot 2 orang pengganas (Noordin Mat Top dan Dr Azahari Husin) ke Indonesia . Dan masyarakat dunia terus mengutuk Indonesia dipenuhi oleh pengganas.

Soalan : Adakah benar, kerajaan Indonesia tidak menangkap kamu kerana pada pandangan mereka rancangan penaklukan yang dirancangkan adalah tidakbenar atau omong kosong?
Adian : Dengan wajah marah beliau menjawab, " Pihak Polis telah menduduki ibupejabat BENDERA".

Beliau juga telah menerima panggilan telefon yang mana menyatakan sokongan, namun panggilan yang cuba memujuk atau memberi amaran untuk tidak bertindak akan tidak dilayan.

Diberitahu mengenai kenyataan rasmi kedutaan Indonesia di Malaysia yang menyatakan pendirian mereka berkenaan rancangan penaklukan oleh Bendera, beliau menjawab bahawa itu adalah pandangan kedutaan.

Menurut beliau lagi itu adalah kerana bukan kerajaan Indonesia yang akan menyerang Malaysia tapi akan dilakukan oleh BENDERA.

Soalan : Adakah rancangan penaklukan ini akan berjaya?
Adian : " Pada 1998, Suharto tidak percaya bahawa golongan pelajar tidak mampu untuk menjatuhkan seorang Presiden. Namun kejadian itu berlaku dan menjadi kenyataan. Saya tidak gila, kita mempunyai sebab yang bernas untuk menyerang Malaysia . Hanya orang gila sahaja yang akan menyerang negara lain tanpa sebab", kata beliau.

Friday, September 18, 2009

ATM timbang beli pesawat AEW (diambil dari Kosmo.com.my)

ATM timbang beli pesawat AEW


PESAWAT Ambrear 145 yang dilengkapi dengan sistem AEW antara pilihan ATM bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan negara.


KUALA LUMPUR - Pesawat amaran awal udara (AEW) dijangka menjadi aset terbaru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperkukuhkan lagi pertahanan negara.

Walaupun melibatkan perbelanjaan yang besar selepas program pembelian kapal selam tetapi perolehan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan keupayaan ATM mengawasi sempadan negara.

Dengan keupayaan memantau ruang angkasa dan daratan pada jarak kira-kira 350 kilometer, pesawat AEW adalah sistem pertahanan masa kini yang perlu dimiliki untuk bertindak sebagai 'mata dan telinga' di udara.

Rancangan perolehan ini telah dipertimbangkan ATM sejak lapan tahun lalu dan beberapa pesawat AEW generasi terkini antaranya dari Sweden, Brazil dan Amerika Syarikat telah diuji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut sumber industri pertahanan, TUDM memerlukan empat pesawat jenis itu yang akan diintegrasikan sebahagiannya daripada Sistem Pertahanan Udara Negara bersama pesawat pejuang dan pertahanan udara di darat.

Wednesday, September 16, 2009

Gadis dilarikan ke Riau selamat pulang (Hati-hati dengan INDON bangsat)

Gadis dilarikan ke Riau selamat pulang


SYAMIMI diiringi abangnya, Azrul sebaik sampai
di Pelabuhan Melaka di Banda Hilir semalam.


MELAKA - Setelah sembilan tahun diculik dan dilarikan ke Indonesia, akhirnya Syamimi Rosli, 21, kembali semula ke negara ini semalam.

Syamimi amat gembira kerana selepas sekian lama, dia akhirnya dapat beraya bersama keluarganya di Kluang, Johor selepas sembilan tahun berada di Riau, Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, dia terkilan kerana kematian ibu pada tahun 2003.

Syamimi tiba di Pelabuhan Melaka, Banda Hilir di sini pada pukul 5.30 petang dengan menaiki feri Indomal Express dari Pekan Baru, Indonesia.

"Jika boleh saya mahu tinggal di sini tetapi anak perempuan saya berumur tiga tahun dan suami, Jamhari pula di Riau, Indonesia.

"Saya harap Jamhari dan anak dapat pulang ke sini suatu hari nanti," katanya.

Bercerita mengenai kejadian dia dilarikan dua warga Indonesia pada tahun 2001, Syamimi berkata, dua lelaki itu merupakan jiran keluarganya di Kampung Melayu, Kluang.

Katanya, ketika itu, dia seolah-olah dipukau kerana mengikut semua kata-kata mereka.

Tuesday, September 8, 2009

Perisik Asing........Berapa Ramai?

Tanpa di sedari,Malaysia kini menjadi rumah kepada kira-kira 2.5 juta pendatang asing termasuk yang masuk secara haram.Dengan jumlah penduduk Malaysia mencecah 27 Juta orang,kehadiran pendatang asing ini menimbulkan masalah sosial dan keselamatan penduduk.Jumlah ini sahaja mempunyai nisbah hampir 1/10 rakyat Malaysia.Bermakna setiap 10 orang rakyat Malaysia,kita akan lihat 1 orang warga asing.

Segelintir yang datang memang di lihat bersungguh-sungguh mencari rezeki di bumi bertuah ini.Tetapi yang menjadi penjenayah juga tidak kurang ramainya.Lihat sahaja hampir setiap minggu ada saja laporan warga Indonesia ditembak mati setelah melakukan jenayah.

Tutup dulu cerita tentang mereka.Yang ingin ditekankan adalah berapa ramai perisik yang bergerak di kalangan warga asing ini?Apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangkap pendatang yang menyamar sebagai perisik ini?Mungkin kerajaan telah memeriksa latar belakang mereka,tapi bagaimana pula dengan pendatang haram?Mereka ini memasuki Malaysia dengan bantuan pengkhianat-pengkhianat negara.Justeru itu,untuk membendung kemasukan pendatang haram ini,maka hukuman yang berat patut di laksanakan umpamanya sebat sekurang-kurangnya 30 kali.Sejurus habis hukuman terus dihantar balik. Tak perlu membazir duit rakyat simpan mereka.

Sekiranya 1 /100 daripada mereka yang masuk ke Malaysia adalah perisik,jadi secara anggaran terdapat kira-kira 25000 orang perisik asing yang berada di Malaysia tercinta ini bergerak bebas untuk mengintai tempat strategik supaya mereka mudah melakukan sesuatu kepada Malaysia jika terjadi peperangan.Atau mungkin mereka akan mensabotaj negara ini seperti yang berlaku kepada negara lain.Cukuplah dengan pelanggaran ruang udara oleh jet Singapork di Johor,yang di biarkan oleh kerajaan Malaysia,sedangkan mereka sedang mengitai tempat strategik untuk persediaan peperangan dengan Malaysia.

Kor Risik Di raja di harap dapat membuat pemantauan lebih rapi keatas para pekerja dan pendatang asing di Malaysia.

Kalau Singapura Berperang dengan Malaysia......

Ketika isu air hangat diperkatakan sekitar pemerintahan Mahathir,terdapat khabar angin bahawa Malaysia akan berperang dengan Singapura.Saya ketika itu masih di sekolah menengah dan belum menyertai pakatan Vigilante.Apa yang mampu di lakukan ketika itu hanya menghitung hari dalam kerisauan sekiranya perang tersebut benar-benar berlaku. Malaysia memang mempunyai tentera darat yang lebih ramai Singapura.Tetapi Singapura juga mempunyai kelebihan dari sudut persenjataan yang kononnya 5 tahun lebih canggih dari Malaysia.Dilihat dari keadaan bentuk muka bumi Malaysia,kemungkinan untuk pihak Malaysia menang dalam peperangan lebih tinggi kerana hampir separuh dari Malaysia terdiri dari gunung ganang dan hutan hujan tropika yang tebal,manakala tentera Malaysia juga berlatih dengan menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi demikian.

Tetapi perang bukan boleh diramalkan.Ia biasanya datang dengan kejutan.Lakonkan semula simulasi peperangan ini...........

Singapura mengisytiharkan perang keatas Malaysia.Jet pejuang mereka mula menuju ke Kluang dan Butterworth untuk mengebom pangkalan udara Angkatan Tentera Malaysia pada waktu malam .Ini merupakan langkah permulaan dalam perang kerana serangan udara biasanya yang paling berkesan untuk melemahkan musuh.Jika musuh tidak mempunyai angkatan udara,maka mereka cuma boleh menggunakan jalan laut dan darat sahaja.Sebaik pangkalan udara Malaysia dimusnahkan, tibalah masa untuk pasukan tentera darat mereka memasuki Malaysia.Tetapi kemasukan itu bukan mudah.Rejimen Askar Jurutera Diraja sudah mengenalpasti kawasan sensitif di sekitar Johor yang mungkin dilalui oleh tentera darat Singapura ini.RAJD ini seterusnya akan meruntuhkan beberapa jambatan untuk menyekat pergerakan Singapore Army (SA).

Beberapa unit penembak tepat (sniper) ditempatkan di sekitar kawasan runtuhan jambatan untuk menghalang sebarang kerja membina kembali jambatan tersebut samada secara manual atau menggunakan kenderaan jambatan.Unit artileri pula di tempatkan di dalam hutan dan ladang-ladang bersedia untuk mengebom Singapura.Dengan kepadatan Singapura,setiap butir bom yang di jatuhkan pasti mengenai kawasan berpenduduk dan menyebabkan jumlah kematian yang tinggi.Moral rakyat Singapura juga semakin berkurangan.

Ketika itu,sekumpulan tentera para komando akan digugurkan dari pesawat untuk merampas beberapa tempat strategi yang telah di tawan oleh Singapura. Ini termasuk kawasan tadahan air gunung Pulai yang membekalkan air mentah ke Singapura.Setelah pertempuran sengit berlaku,grup komando berjaya menawan kembali kawasan tadahan air tersebut. Seterusnya,sekumpulan askar dari RAJD akan mengeringkan tadahan air tersebut supaya bekalan air tidak sampai ke Singapura.Rejimen Renjer Diraja (RRD) pula ditugaskan untuk mengawal lapangan terbang dan perlabuhan seluruh Malaysia dengan bantuan unit-unit infantri RAMD dan pasukan artileri.Manakala kor Armor Di raja menggerakkan unit-unit mereka sekitar perlabuhan bersama pasukan sniper.

Pasukan tentera udara yang baru pulih dari kejutan pula akan mengumpulkan kekuatan pesawat yang ada,mula menuju ke Singapura.Tetapi ianya bukan mudah.Dengan penguasaan ruang udara oleh Singapura melalui pesawat AWACS dan radar yang menjangkau hingga ke utara Malaysia,ianya kelihatan mustahil.Tetapi bantuan dari unit teknologi memudahkan misi ini.Beberapa radar Singapura akan di halang oleh radar jammer. Pulau Batu Putih pula di tawan oleh pasukan Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC).Tugas penawanan begitu mudah kerana keadaan pulau yang kecil.Radar pengintipan yang di letakkan di rumah api di rampas.Sementara itu tugas untuk menawan Pulau Ubin yang strategik mula di gerakkan.Pasukan SA menempatkan satu tumbukan tentera untuk melindungi pulau tersebut dari jatuh ke tangan Malaysia. Pertempuran yang sengit tercetus seolah-olah gambaran semula pertempuran Normandy ketika D-Day.Ramai tentera Malaysia terkorban dalam usaha menawan pulau tersebut yang turut menempatkan beberapa kompeni artileri tentera Singapura yang mengebom Johor secara konsisten.Komando Singapura turut ditempatkan di pulau tersebut untuk mengukuhkan kedaulatan pulau tersebut.

Grup GGK dan PAC di gabungkan,dengan bantuan PASKAL,mula merencana strategi untuk menawan pulau tersebut.Dengan reputasi sebagai antara pasukan komando terbaik dunia,GGK
terpaksa bertempur dengan unit komando Singapura.Periuk api yang di tanam oleh tentera Singapura menyebabkan tugas menawan pulau tersebut semakin sukar.Bagaimanapun kebuntuan akhirnya dapat di pecahkan dengan tembakan dari MLRS Atros II ke atas pulau tersebut.

Lautan api yang menjulang di pulau tersebut turut memusnahkan beberapa buah meriam strategik Singapura,manakala beberapa buah lagi dapat ditawan Komando Malaysia.Meriam yang ditawan di halakan ke arah lapangan terbang Changi dan perlabuhan Singapura.Sekumpulan kecil komando Malaysia mula memasuki Singapura dan dengan bantuan perisik yang sedia ada,mereka memulakan operasi menawan fasiliti tentera bawah tanah Singapura.

Singapura akhirnya menyerah kalah setelah fasiliti tentera mereka di tawan dan sebahagian lagi musnah.

Ini merupakan situasi peperangan yang mungkin melibatkan Malaysia dan Singapura.Bagaimanapun ini semua adalah fiktif belaka.Peperangan sebenar adalah lebih dari ini.
Tidak di sebutkan di sini adalah strategi sebenar termasuk penggunaan kawasan simpanan gas,kontena di perlabuhan sebagai benteng,dan beberapa lagi.

Kesimpulannya,perang merugikan kedua-dua pihak.Tapi kalau nak test sengsaranya,cubalah!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 5, 2009

ISA,wajar atau tidak?

ISA yang dicipta pada 1960 merupakan salah satu langkah pencegahan dari pelbagai malapetaka samada yang akan datang atau telah berlaku.Bermula sebagai akta untuk mencegah penyertaan kaum Cina ke dalam komunis,ia terus mengalami pelbagai perubahan dan beberapa rombakan sehingga membolehkan seseorang awam di tahan selama 60 hari di bawah akta ini.Tempoh penahanan ini boleh di lanjutkan lagi sehingga dan selama mana yang disukai oleh Menteri Dalam Negeri.Dicipta berdasarkan undang-undang British,akta ini di adaptasi dan di sesuaikan dengan negara ini.Bermula dengan pulau jerejak yang di kenali sebagai Alcatraz Malaysia hingga kem Tahanan Kemunting,ISA terus mencetuskan kontroversi.

Melihat dari sudut positif,terus terang saya dan majoriti anggota Vigilante Malaysia menyokong penuh akta ini diwujudkan demi keselamatan negara.Ini kerana akta ini dapat mencegah malapetaka yang buruk dari berlaku dengan menahan penjenayah sebelum mereka melakukan jenayah.Bagaimanapun akta ini mendapat reaksi negatif dari rakyat negara ini berikutan salah guna kuasa yang melampau oleh kerajaan.Penahanan politik di bawah akta ini bukanlah perkara baru.Malah selain ahli politik,wartawan juga merupakan mangsa kepada akta ini.Walaupun mereka yang ditahan di bawah akta ini tidak mengalami hari-hari yang teruk seperti banduan di penjara,hak mereka dipertikaikan tanpa mendapat perbicaraan yang adil.Selagi tidak di beri kebenaran oleh Menteri Dalam negeri,maka tidak ada ruang untuk mereka keluar dari PENJARA BEBAS ini. Inilah yang menyebabkan rakyat takut kepada akta ini terutama jika jawatan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dipegang oleh orang yang korup dan gila kuasa.

Maka wajarlah jika akta ini di rombak semula (bukan dimansuhkan) demi menjamin keselesaan minda rakyat.Rombakan ini pula jika boleh dilakukan oleh mereka yang betul berkaliber,bukan mereka yang mengubah akta ini untuk diri mereka sendiri.Pandangan dari rakyat juga perlu,demi mendapat sebuah akta yang betul-betul stabil dan tidak perlu dirombak untuk jangkamasa yang panjang.

Demi keselamatan negara kita,akta ini perlu di teruskan.Sebagai kumpulan pemerhati keselamatan Malaysia,Vigilante Malaysia akan terus memantau dan menegur kesilapan yang akan berlaku.

Ranjau Melayu

Sejak terbentuknya persekutuan Tanah Melayu hinggalah Malaysia,kaum Melayu adalah kaum yang sentiasa mengalah kepada kaum lain dalam pelbagai segi termasuk kerakyatan,hak milik tanah,ekonomi,pelajaran dan banyak lagi.Malay(Melayu)-Sia(Tanah,juga boleh disebut maruah) adalah hak milik Kaum-kaum bumiputera (Melayu,Iban,Kadazan dll) tanpa membelakangkan Melayu Proto (orang asli).Bagaimanapun kaum pendatang terutama India dan Cina telah di bawa masuk oleh penjajah british,telah menimbulkan banyak masalah dari sudut sosial,ekonomi,agama,budaya dan bahasa.Tetapi,kaum bumiputera termasuk melayu tetap menerima mereka ini sebagai sahabat.Setelah bertahun berlalu,timbul rasa ketamakan segelintir mereka ini untuk mendapat pengiktirafan sebagai warganegara.Maka desakan demi desakan terhadap pemimpin Melayu ketika itu mula membuahkan hasil bila British yang mahu memberikan kemerdekaan kepada kita mahu Malaysia mengiktiraf makhluk pendatang ini sebagai warganegara.

Maka,tanpa berfikir panjang,Tunku Abdul Rahman menerima tawaran british ini di samping beberapa syarat lagi demi memerdekakan Malaysia. 500000 kaum pendatang mula menikmati hak sebagai warganegara.Bagaimanapun,ketamakan tetap berada dalam hati mereka ini,lalu pelbagai permintaan yang merepek mula diutarakan kepada perdana menteri kita.Hak sebagai bumiputera yang selama ini di nikmati oleh Melayu,serta kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak mula di persoalkan.Mereka juga mahu menjadi bumiputera sedangkan asal mereka dari ceruk lubuk mana,bukanlah orang yang berkebolehan di negara asal mereka.Kaum terbiar inilah sekarang yang di iktiraf sebagai warganegara.Sepatutnya mereka bersyukur berada di Malaysia yang aman ini.Tetapi,otak mereka sudah di set oleh nenek moyang mereka supaya menjadi tamak.Lihat sajalah Hindraff dan Dong Zong yang cuba menyemaikan api kebencian di kalangan kaum mereka.Hindraff yang konon mewakili kaum India tertindas pernah pergi ke India untuk mendapat sokongan dari negara tersebut sebaliknya malu besar apabila mereka tidak dilayan kerana orang di sana (Tamil Nadhu) lebih mementingkan bahasa tamil dari agama Hindu.
Realitinya Hindraff meminta bantuan dari pihak yang salah yang langsung tak mempedulikan mereka.Siapalah mereka untuk pergi ke India meminta bantuan,sedangkan mereka bukan rakyat negara itu.

Dong Zong pula sering memainkan sentimen perkauman secara halus melalui sekolah cina yang kononnya diperjuangkan mereka.Sedangkan sekolah seperti itu tak sepatutnya wujud di Malaysia,kerana bersifat perkauman.Tertanya juga,kenapa ada sekolah JENIS KEBANGSAAN sedangkan kaum Majoriti Melayu tidak memiliki sekolah sendiri.Kalau nak di ikutkan,sekolah kebangsaan milik pelbagai bangsa di Malaysia ini.Jadi tak perlulah ada sekolah cina dan tamil yang mana mereka ini menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai perantaraan.Inilah satu punca Malaysia tidak boleh bersatu sebagai sebuah bangsa.Lihat saja di Indonesial (bukan nama sebenar),tak kira dari keturunan manapun,mempunyai nama yang melambangkan identiti mereka sebagai rakyat negara tersebut.Tak cukup dengan itu,mereka juga di wajibkan bercakap dalam bahasa ibunda mereka sendiri.Carilah di sana,mana sekolah yang menggunakan bahasa asing melainkan sekolah antarabangsa.

Untuk menjadi bangsa Malaysia,maka sekolah jenis kebangsaan ini perlu di hapuskan dahulu,kemudian bahasa pertuturan di tukar kepada bahasa Melayu,tiada pengajaran dalam bahasa tamil dan cina di benarkan.Taraf ekonomi perlu di seragamkan,bukan untuk satu kaum sahaja.Tetapi Melayu di kenali sebagai bangsa bermaruah tapi lembut dan bersopan santun ini telah bermurah hati untuk menyedekahkan sebahagian tanah mereka kepada bangsa pendatang ini,yang mana,hakikatnya pada hari ini telah menyebabkan bangsa Melayu merempat di tanah sendiri.

Benteng pertahanan melayu terakhir juga telah diserang!Kesultanan melayu yang sedari dulu menjadi tonggak bangsa dan agama mula dipersoalkan.Kuasa juga telah di turunkan.Di kalangan penyerang ini termasuklah para si kitul yang di ketuai seorang barua bernama Anuares (BNS) dari parti yang kononnya memperjuangkan keadilan.Di ikuti pula oleh seorang ulama yang dulunya di hormati oleh saya, Nik Azizah (BNS).Perbuatan matlamat menghalalkan cara mereka ini sedikit sebanyak telah memecah-belahkan orang melayu yang dulunya teguh.Tidak mustahil satu hari nanti orang melayu akan berbunuhan sesama sendiri dan kaum pendatang bertepuk tangan sesama mereka dan mengucapkan tahniah kerana berjaya menawan bumi tercinta ini.

Maruah melayu akan dipijak.Malah kerajaan campuran yang di ketuai oleh Melayu juga akan musnah jika ketuanya seorang yang durjana.Pilih yang terbaik,bukan ikut hati.Malaysia milik kita.Milik anak bumi bertuah.Bukan milik si sepet dan lidah terbelit.

Komunis Era Baru?

Percayakah anda kalau saya katakan komunis masih wujud di Malaysia?Mungkin ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak setuju kerana bagi mereka komunis telah menyerah kalah pada 2 Disember 1989........Hakikat yang sebenar komunis itu masih wujud tapi bukan lagi sebagai orang hutan tapi sebagai tokoh tokoh korporat dan politik.Mereka kini mempunyai syarikat-syarikat yang besar dan parti politik yang sedang cuba memusnahkan Melayu dan bangsa bumiputera yang lain demi menguasai Malaysia.Sudah pasti jika mereka berkuasa Malaysia akan bertukar menjadi republik dan sultan-sultan yang selama ini menaungi Malaysia dan agama Islam akan hilang kuasa.Jadilah bumiputera MEREMPAT di negara sendiri seperti negara jiran kita Singapork (bukan nama sebenar).Dengan bantuan pengkhianat dari bangsa kita sendiri,maka bumiputera akan memerintah selama satu penggal sahaja dan selebihnya oleh komunis yang memakai sistem monarki.Mengambil contoh Singapork yang presiden melayu cuma seorang sahaja iaitu Yusof Ishak (1910-1970),kemudian diambil alih oleh puak komunis yang menamakan diri mereka PAP.Maka jadilah melayu merempat di negara dan nusa mereka sendiri.Maka dikhabarkan PAP juga mempunyai parti kembar seiras di Malaysia yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.Dengan nama hampir sama iaitu DAP,mereka memperjuangkan konsep demok-rasis yang bersifat perkauman di sokong oleh barua melayu iaitu Anwar Ibrahim,dan tidak ketinggalan mereka yang menamakan diri mereka ulama dari parti Pas (bukan semua) yang sanggup menghalalkan perkara yang tidak sepatutnya di halalkan.Maka jadilah pakatan pengkhianat bangsa yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat.Sedangkan mereka itu adalah orang yang meludah ke langit jatuh kemuka sendiri (tidak keterlaluan kalau di katakan mereka itu BERAK).

Dengan semangat rasis ini,mereka cuba mengembalikan peristiwa 13 Mei 1969 yang sudah mula di lupakan oleh rakyat Malaysia yang bersopan.Bara kebencian yang di semai oleh mereka ini jika di biarkan akan memusnahkan perpaduan yang telah terjalin sekian lama.Maka sebelum ini terjadi,sepatutnya kerajaan bertindak tegas terhadap mereka ini,tetapi sebaliknya membiarkannya.Maka kami tertanya-tanya adakah kerajaan Malaysia takut dan lemah terhadap Komunis era baru ini?Atau merupakan satu konspirasi untuk menghapuskan etnik tertentu dari Malaysia dengan membiarkan satu pergaduhan kaum tercetus?Kami sebagai Vigilante di Malaysia bertindak sebagai pemerhati antara kedua-dua belah pihak tidak mahu perkara ini terjadi.Tapi kami akan melakukan sesuatu sekiranya ianya terjadi.Jika terjadi rusuhan kaum, maka akan terbunuhlah kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan mereka yang tidak mahu bertarung.Di sebalik huru-hara ini,akan timbul kebencian kanak-kanak yang melihat ibu bapa mereka mati di bunuh.Kebencian inilah yang akan mencipta minda psiko ketika zaman aman.Dan merekalah yang akan mencipta zaman huru-hara sekali lagi setelah dewasa kelak.Jika ini berlaku,kemenangan samada mutlak atau tidak akan menjadi milik pihak Komunis.Percayalah,ia pasti akan berlaku sekiranya ianya tidak di bendung dari sekarang.

Selamat Datang

Vigilante..............Hmmmmmmmmmm,mungkin perkataan ni pelik untuk korang.........tapi hakikatnya vigilante Malaysia memang sudah wujud sejak sebelum merdeka lagi.Berjalan secara rahsia di kalangan rakyat Malaysia,sedar tak sedar anggota tetap kami telah mencapai 42000 manakala ahli tidak rasmi mencecah 2.5 Juta orang.Kenapa korang tak pernah dengar tentang vigilante kalau ahli dah seramai itu?kerana anggota kami hanya dipilih dari kalangan orang yang benar-benar boleh menyimpan rahsia,yang sanggup berkorban untuk negara kami Malaysia yang di sanjung tinggi.Bermula dengan menjalankan khidmat risikan taraf tinggi,vigilante Malaysia kini berkembang sebagai salah satu kumpulan sosial yang bertujuan memupuk nilai murni cintakan negara.Maka,blog ini merupakan satu pengenalan kepada kumpulan paling rahsia di Malaysia......................Selamat Datang!!!