Tuesday, September 8, 2009

Perisik Asing........Berapa Ramai?

Tanpa di sedari,Malaysia kini menjadi rumah kepada kira-kira 2.5 juta pendatang asing termasuk yang masuk secara haram.Dengan jumlah penduduk Malaysia mencecah 27 Juta orang,kehadiran pendatang asing ini menimbulkan masalah sosial dan keselamatan penduduk.Jumlah ini sahaja mempunyai nisbah hampir 1/10 rakyat Malaysia.Bermakna setiap 10 orang rakyat Malaysia,kita akan lihat 1 orang warga asing.

Segelintir yang datang memang di lihat bersungguh-sungguh mencari rezeki di bumi bertuah ini.Tetapi yang menjadi penjenayah juga tidak kurang ramainya.Lihat sahaja hampir setiap minggu ada saja laporan warga Indonesia ditembak mati setelah melakukan jenayah.

Tutup dulu cerita tentang mereka.Yang ingin ditekankan adalah berapa ramai perisik yang bergerak di kalangan warga asing ini?Apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangkap pendatang yang menyamar sebagai perisik ini?Mungkin kerajaan telah memeriksa latar belakang mereka,tapi bagaimana pula dengan pendatang haram?Mereka ini memasuki Malaysia dengan bantuan pengkhianat-pengkhianat negara.Justeru itu,untuk membendung kemasukan pendatang haram ini,maka hukuman yang berat patut di laksanakan umpamanya sebat sekurang-kurangnya 30 kali.Sejurus habis hukuman terus dihantar balik. Tak perlu membazir duit rakyat simpan mereka.

Sekiranya 1 /100 daripada mereka yang masuk ke Malaysia adalah perisik,jadi secara anggaran terdapat kira-kira 25000 orang perisik asing yang berada di Malaysia tercinta ini bergerak bebas untuk mengintai tempat strategik supaya mereka mudah melakukan sesuatu kepada Malaysia jika terjadi peperangan.Atau mungkin mereka akan mensabotaj negara ini seperti yang berlaku kepada negara lain.Cukuplah dengan pelanggaran ruang udara oleh jet Singapork di Johor,yang di biarkan oleh kerajaan Malaysia,sedangkan mereka sedang mengitai tempat strategik untuk persediaan peperangan dengan Malaysia.

Kor Risik Di raja di harap dapat membuat pemantauan lebih rapi keatas para pekerja dan pendatang asing di Malaysia.

No comments:

Post a Comment