Tuesday, September 8, 2009

Kalau Singapura Berperang dengan Malaysia......

Ketika isu air hangat diperkatakan sekitar pemerintahan Mahathir,terdapat khabar angin bahawa Malaysia akan berperang dengan Singapura.Saya ketika itu masih di sekolah menengah dan belum menyertai pakatan Vigilante.Apa yang mampu di lakukan ketika itu hanya menghitung hari dalam kerisauan sekiranya perang tersebut benar-benar berlaku. Malaysia memang mempunyai tentera darat yang lebih ramai Singapura.Tetapi Singapura juga mempunyai kelebihan dari sudut persenjataan yang kononnya 5 tahun lebih canggih dari Malaysia.Dilihat dari keadaan bentuk muka bumi Malaysia,kemungkinan untuk pihak Malaysia menang dalam peperangan lebih tinggi kerana hampir separuh dari Malaysia terdiri dari gunung ganang dan hutan hujan tropika yang tebal,manakala tentera Malaysia juga berlatih dengan menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi demikian.

Tetapi perang bukan boleh diramalkan.Ia biasanya datang dengan kejutan.Lakonkan semula simulasi peperangan ini...........

Singapura mengisytiharkan perang keatas Malaysia.Jet pejuang mereka mula menuju ke Kluang dan Butterworth untuk mengebom pangkalan udara Angkatan Tentera Malaysia pada waktu malam .Ini merupakan langkah permulaan dalam perang kerana serangan udara biasanya yang paling berkesan untuk melemahkan musuh.Jika musuh tidak mempunyai angkatan udara,maka mereka cuma boleh menggunakan jalan laut dan darat sahaja.Sebaik pangkalan udara Malaysia dimusnahkan, tibalah masa untuk pasukan tentera darat mereka memasuki Malaysia.Tetapi kemasukan itu bukan mudah.Rejimen Askar Jurutera Diraja sudah mengenalpasti kawasan sensitif di sekitar Johor yang mungkin dilalui oleh tentera darat Singapura ini.RAJD ini seterusnya akan meruntuhkan beberapa jambatan untuk menyekat pergerakan Singapore Army (SA).

Beberapa unit penembak tepat (sniper) ditempatkan di sekitar kawasan runtuhan jambatan untuk menghalang sebarang kerja membina kembali jambatan tersebut samada secara manual atau menggunakan kenderaan jambatan.Unit artileri pula di tempatkan di dalam hutan dan ladang-ladang bersedia untuk mengebom Singapura.Dengan kepadatan Singapura,setiap butir bom yang di jatuhkan pasti mengenai kawasan berpenduduk dan menyebabkan jumlah kematian yang tinggi.Moral rakyat Singapura juga semakin berkurangan.

Ketika itu,sekumpulan tentera para komando akan digugurkan dari pesawat untuk merampas beberapa tempat strategi yang telah di tawan oleh Singapura. Ini termasuk kawasan tadahan air gunung Pulai yang membekalkan air mentah ke Singapura.Setelah pertempuran sengit berlaku,grup komando berjaya menawan kembali kawasan tadahan air tersebut. Seterusnya,sekumpulan askar dari RAJD akan mengeringkan tadahan air tersebut supaya bekalan air tidak sampai ke Singapura.Rejimen Renjer Diraja (RRD) pula ditugaskan untuk mengawal lapangan terbang dan perlabuhan seluruh Malaysia dengan bantuan unit-unit infantri RAMD dan pasukan artileri.Manakala kor Armor Di raja menggerakkan unit-unit mereka sekitar perlabuhan bersama pasukan sniper.

Pasukan tentera udara yang baru pulih dari kejutan pula akan mengumpulkan kekuatan pesawat yang ada,mula menuju ke Singapura.Tetapi ianya bukan mudah.Dengan penguasaan ruang udara oleh Singapura melalui pesawat AWACS dan radar yang menjangkau hingga ke utara Malaysia,ianya kelihatan mustahil.Tetapi bantuan dari unit teknologi memudahkan misi ini.Beberapa radar Singapura akan di halang oleh radar jammer. Pulau Batu Putih pula di tawan oleh pasukan Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC).Tugas penawanan begitu mudah kerana keadaan pulau yang kecil.Radar pengintipan yang di letakkan di rumah api di rampas.Sementara itu tugas untuk menawan Pulau Ubin yang strategik mula di gerakkan.Pasukan SA menempatkan satu tumbukan tentera untuk melindungi pulau tersebut dari jatuh ke tangan Malaysia. Pertempuran yang sengit tercetus seolah-olah gambaran semula pertempuran Normandy ketika D-Day.Ramai tentera Malaysia terkorban dalam usaha menawan pulau tersebut yang turut menempatkan beberapa kompeni artileri tentera Singapura yang mengebom Johor secara konsisten.Komando Singapura turut ditempatkan di pulau tersebut untuk mengukuhkan kedaulatan pulau tersebut.

Grup GGK dan PAC di gabungkan,dengan bantuan PASKAL,mula merencana strategi untuk menawan pulau tersebut.Dengan reputasi sebagai antara pasukan komando terbaik dunia,GGK
terpaksa bertempur dengan unit komando Singapura.Periuk api yang di tanam oleh tentera Singapura menyebabkan tugas menawan pulau tersebut semakin sukar.Bagaimanapun kebuntuan akhirnya dapat di pecahkan dengan tembakan dari MLRS Atros II ke atas pulau tersebut.

Lautan api yang menjulang di pulau tersebut turut memusnahkan beberapa buah meriam strategik Singapura,manakala beberapa buah lagi dapat ditawan Komando Malaysia.Meriam yang ditawan di halakan ke arah lapangan terbang Changi dan perlabuhan Singapura.Sekumpulan kecil komando Malaysia mula memasuki Singapura dan dengan bantuan perisik yang sedia ada,mereka memulakan operasi menawan fasiliti tentera bawah tanah Singapura.

Singapura akhirnya menyerah kalah setelah fasiliti tentera mereka di tawan dan sebahagian lagi musnah.

Ini merupakan situasi peperangan yang mungkin melibatkan Malaysia dan Singapura.Bagaimanapun ini semua adalah fiktif belaka.Peperangan sebenar adalah lebih dari ini.
Tidak di sebutkan di sini adalah strategi sebenar termasuk penggunaan kawasan simpanan gas,kontena di perlabuhan sebagai benteng,dan beberapa lagi.

Kesimpulannya,perang merugikan kedua-dua pihak.Tapi kalau nak test sengsaranya,cubalah!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment