Saturday, September 5, 2009

ISA,wajar atau tidak?

ISA yang dicipta pada 1960 merupakan salah satu langkah pencegahan dari pelbagai malapetaka samada yang akan datang atau telah berlaku.Bermula sebagai akta untuk mencegah penyertaan kaum Cina ke dalam komunis,ia terus mengalami pelbagai perubahan dan beberapa rombakan sehingga membolehkan seseorang awam di tahan selama 60 hari di bawah akta ini.Tempoh penahanan ini boleh di lanjutkan lagi sehingga dan selama mana yang disukai oleh Menteri Dalam Negeri.Dicipta berdasarkan undang-undang British,akta ini di adaptasi dan di sesuaikan dengan negara ini.Bermula dengan pulau jerejak yang di kenali sebagai Alcatraz Malaysia hingga kem Tahanan Kemunting,ISA terus mencetuskan kontroversi.

Melihat dari sudut positif,terus terang saya dan majoriti anggota Vigilante Malaysia menyokong penuh akta ini diwujudkan demi keselamatan negara.Ini kerana akta ini dapat mencegah malapetaka yang buruk dari berlaku dengan menahan penjenayah sebelum mereka melakukan jenayah.Bagaimanapun akta ini mendapat reaksi negatif dari rakyat negara ini berikutan salah guna kuasa yang melampau oleh kerajaan.Penahanan politik di bawah akta ini bukanlah perkara baru.Malah selain ahli politik,wartawan juga merupakan mangsa kepada akta ini.Walaupun mereka yang ditahan di bawah akta ini tidak mengalami hari-hari yang teruk seperti banduan di penjara,hak mereka dipertikaikan tanpa mendapat perbicaraan yang adil.Selagi tidak di beri kebenaran oleh Menteri Dalam negeri,maka tidak ada ruang untuk mereka keluar dari PENJARA BEBAS ini. Inilah yang menyebabkan rakyat takut kepada akta ini terutama jika jawatan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dipegang oleh orang yang korup dan gila kuasa.

Maka wajarlah jika akta ini di rombak semula (bukan dimansuhkan) demi menjamin keselesaan minda rakyat.Rombakan ini pula jika boleh dilakukan oleh mereka yang betul berkaliber,bukan mereka yang mengubah akta ini untuk diri mereka sendiri.Pandangan dari rakyat juga perlu,demi mendapat sebuah akta yang betul-betul stabil dan tidak perlu dirombak untuk jangkamasa yang panjang.

Demi keselamatan negara kita,akta ini perlu di teruskan.Sebagai kumpulan pemerhati keselamatan Malaysia,Vigilante Malaysia akan terus memantau dan menegur kesilapan yang akan berlaku.

No comments:

Post a Comment